sawitMATRA’s Weblog

Just another INDEPENDENCE GROUP in UKM…

Jom Main Bayang2

post by:-

pemuda suci:)

April 14, 2008 Posted by zzz | News | | No Comments Yet

Hanya Menggunakan Paku….

April 14, 2008 Posted by zzz | News | | No Comments Yet

Bangunan Pelik?

April 14, 2008 Posted by zzz | News | | No Comments Yet

Kokka Tidak Wujud!

 



Tertipu: Kokka Tidak Wujud!

KUALA LUMPUR: Sepuluh tahun, RM8.1 juta. Secara purata, itulah nilai wang penduduk negara ini yang ‘lebur’ gara-gara memiliki kayu kokka — kayu yang selayaknya diubah nama kepada ‘kayu kokak’ (tidak berguna) kerana satu kajian terperinci mendapati kayu kokka sebenarnya tidak wujud dan sengaja diperkenalkan semata-mata untuk tujuan perniagaan.

Anggaran jumlah berkenaan diperoleh hasil maklumat daripada sumber yang rapat serta pernah menjalin urus niaga dengan beberapa ‘tauke besar’ atau pembekal utama kayu itu.

Begitupun, jumlah itu dipercayai lebih besar kerana ia tidak termasuk jumlah jualan diperoleh peniaga kayu kokka di seluruh negara. Ia juga tidak termasuk jumlah pembelian terus di luar negara, terutama di Makkah.

Peniaga kayu kokka yang mahu dikenali sebagai Abdul Jasman Ahmad, 38, berkata berdasarkan pengalamannya, kayu kokka mula dibawa masuk ke negara ini menerusi seorang warga Turki pada 1998.
Katanya, rakannya terpengaruh dengan keistimewaan yang diuar-uarkan mengenai kayu itu sehingga sanggup mengeluarkan puluhan ribu ringgit untuk membelinya.

“Ketika itu nilainya sangat mahal. Sebagai contoh, satu tasbih yang mempunyai 33 biji kayu boleh dijual dengan harga sehingga RM1,800, manakala tasbih 100 biji kayu kokka boleh dijual sehingga RM2,500. Jualan memang menggalakkan.

“Rakan saya memperoleh untung sehingga 300 peratus kerana mengambilnya dengan harga lebih murah,” katanya.

Abdul Jasman berkata, pada 2003, sambutan terhadap kayu kokka sangat luar biasa sehingga muncul seorang lagi pembekal dari Sudan menawarkan kayu kokka dalam kuantiti lebih besar.

Katanya, buah, tasbih, cincin, gelang, minyak dan tongkat daripada kayu kokka laris jualannya.

“Rakan saya tidak mampu mengambil stok dalam jumlah banyak kerana harga ditawarkan terlalu tinggi. Ketika itu juga pelajar Malaysia yang menuntut di Timur Tengah turut membawa pulang kayu berkenaan untuk dijual, menyebabkan saya terpaksa mengehadkan penjualan.

“Begitupun, dia tetap membekalkan kayu itu kepada peniaga di seluruh Malaysia dan memperoleh untung besar. Jika diikutkan, jualan kayu itu sehingga hari ini mencecah RM1 juta,” katanya yang mengakui kemunculan sebuah buku terbitan sebuah syarikat mengenai keistimewaan dan khasiat kayu kokka melariskan lagi kayu itu.

Dalam pada itu, satu lagi pembekal yang lebih besar modalnya dianggarkan membuat jualan mencecah jutaan ringgit sehingga hari ini.

Seorang sumber yang mahu dikenali sebagai Asfar Kasim, 40, berkata pembekal itu kini bergelar usahawan dan bertambah mewah apabila menjadi pembekal kayu kokka di seluruh Malaysia. “Dia (pembekal itu) memperoleh bekalan daripada pembekal warga Turki dan Sudan. Dia membeli dalam jumlah besar. Saya diberitahu, untuk tasbih saja, dari 1998 hingga hari ini sudah 100 ribu berjaya dijualnya. “Secara purata, setiap tasbih dijual dengan harga RM200 dan apabila dijumlahkan, jualan produk itu mencecah RM2 juta,” katanya.

Menurut Asfar, itu belum lagi termasuk buah, cincin dan gelang yang turut mendapat sambutan hangat daripada pembeli.  Katanya, buah kayu kokka memang banyak dijual kerana sekurang-kurangnya 250,000 berjaya dijual dengan harga kira-kira RM100 sebiji sehingga jumlah jualan mencecah RM2.5 juta dalam tempoh sama. “Untuk gelang pula, dalam tempoh sama, sekurang-kurangnya 100,000 berjaya dijual. Harga ditawarkan sekitar RM100 dan ia menyaksikan jualan sehingga RM1 juta. “Cincin juga mencatat jualan mencecah 200,000 untuk tempoh 10 tahun. Setiap cincin dijual dengan harga sekurang-kurangnya RM80, sekali gus menyaksikan jualan mencecah RM1.6 juta,” katanya. Asfar berkata, pembekal terbabit mencatat jumlah jualan mencecah RM7.1 juta dan ia belum ditambah dengan produk sampingan lain seperti minyak dan tongkat. Kepalsuan kayu kokka dibongkar seorang Ahli Etnologi, Dr Abdul Manan Embong, yang melakukan kajian terperinci untuk tempoh setahun bersama beberapa pakar tempatan dan antarabangsa.

Mereka ialah Pakar Geomologi dan Mineral Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Hisham Hashim; Pakar Botani dari Mesir, Profesor Dr Mohammad Shakran Shuhatah; Profesor Ali Akbar Zurillah dari Bahagian Kajian Penyelidikan Geologi Turki dan penceramah bebas serta penulis, Ahmad Shukri Ghazali Siraj. Kajian menyeluruh di negara yang dikatakan mempunyai pokok kayu kokka seperti Mesir, Jordan, Turki dan Iran mendapati tidak pernah wujud nama kokka dan apa yang didakwa sebagai kayu kokka sebenarnya diperoleh daripada spesies pokok Palma. Abdul Manan berkata, penyelidikan dilakukan secara berperingkat- peringkat, iaitu mengesan asal usul kayu kokka dan mengesan pokok yang dikatakan menghasilkan kayu kokka. “Kami tidak dapat mengesan spesies tumbuhan yang menggunakan nama kokka di dunia. Jika ada sekalipun, nama panggilan di Jepun, ‘kokua’ iaitu sejenis pokok berbatang kecil dan menjalar yang digunakan untuk sejenis upacara keagamaan dipanggil Shinto.

“Ada juga sejenis tumbuhan palma yang sebutannya hampir dengan ‘kokka’, iaitu sebutan bagi orang Turki, ‘kuka’ daripada asal perkataan ‘Coco De Mer’ atau ‘Melanococa’ digunakan untuk menghasilkan minyak,” katanya. Menurut Abdul Manan, kayu kokka dikesan dihasilkan daripada spesies pokok palma ‘Attalea Funifera’. Katanya, buah dan tempurung daripada pokok itu sememangnya digunakan untuk membuat tasbih, gelang, cincin dan barang permainan semata-mata untuk perniagaan. “Penyelidikan kami mendapati pokok berkenaan tumbuh di Brazil, Colombia dan Argentina. Di Brazil, pokok berkenaan dikomersialkan, malah mempunyai ladang seluas antara 20 hingga 2,000 hektar.
“Segala hasil pokok itu, seperti buah, tempurung, batang, pelepah dan kulit pokok dijadikan pelbagai barangan seperti minyak dan dieksport ke negara seperti Turki, Mesir, Iran, Syria, Libya, Amerika Syarikat, Afrika, India dan Malaysia,” katanya. Abdul Manan berkata, kayu kokka yang dibawa masuk ke negara ini dan kemudian dihasilkan dalam bentuk tasbih, gelang, cincin, minyak dan tongkat adalah seumpama biji kelapa sawit atau biji Tamar yang dijadikan perhiasan. “Tiada bukti dapat mengesahkan pokok yang didakwa kayu kokka itu ada keistimewaan dan khasiat tertentu.

 

“Bagi mengaitkannya sebagai bahan digunakan bahtera Nabi Nuh as seperti diuar-uarkan sememangnya jauh tersimpang kerana pokok berkenaan tidak sesuai dibuat kapal kerana tidak mampu bertahan di atas air,” katanya. Abdul Manan berkata, pokok sebenar digunakan Nabi Nuh bagi membina bahtera dan tongkat baginda ialah kayu daripada pokok ‘Pine Cypress’ yang diperoleh di pergunungan Ararat, Turki. Menurutnya, penemuan itu berdasarkan kajian dibuat terhadap satu fosil bongkah kayu lama berusia kira-kira 3,500 tahun milik seorang Arab Kurdis yang mendakwa dirinya keturunan ke-1750 Nabi Nuh.
“Kandungan kimia dalam bongkah kayu berkenaan ialah Alpha Cellulose, Hemi Cellulose dan Holo Cellulose iaitu asid asal Alpinene. “Kandungan itu bersesuaian dengan hasil kajian dilakukan Profesor Dr Mohammad Shakran Shuhatah pada 10 Oktober 2007 di Mesir yang menemui hasil sama dengan spesies ‘Pine Cypress’. “Daripada 19 jenis pokok Pine dikaji, spesies ‘Pine Cypress’ mengandungi kandungan kimia paling tepat sama dengan kandungan kimia serpihan lama bongkah kayu itu yang dikatakan serpihan bahtera Nabi Nuh. “Malah, hasil kajian itu juga sama dengan hasil kajian diperoleh kumpulan pengkaji Inggeris dari 1884 hingga 1954,” katanya. Menurut Abdul Manan, kajian dilakukan Ronald Eldon Wyat pada 1954 menyatakan pokok ‘Pine Cypress’ tumbuh di pergunungan Chaldea hingga pergunungan tengah Armenia di sempadan Rusia hingga ke pergunungan Ararat, tempat bahtera Nabi Nuh dikatakan tersadai mengukuhkan lagi dakwaan itu. “Hasil penyelidikan Ronald memperkukuhkan bukti pokok sebenar digunakan Nabi Nuh bagi membina bahtera agung baginda ialah ‘Pine Cypress’, bukan kokka,” katanya yang akan menerbitkan buku khusus untuk memperjelaskan kekeliruan masyarakat terhadap kayu kokka. Abdul Manan berkata, fosil yang ditemui juga diuji Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan ia disahkan spesies Pine Cypress yang masih aktif kandungan kimianya. Katanya, dengan pendedahan itu, diharap masyarakat tidak tertipu dan terpedaya dengan keistimewaan dan kelebihan yang diuar-uarkan mereka yang tidak bertanggungjawab.

Info

> Kajian mendapati nama kokka tidak pernah wujud

> Apa yang didakwa kayu kokka sebenarnya spesies pokok Palma

> Tiada bukti mengesahkan pokok yang didakwa kayu kokka ada keistimewaan tertentu

> Mengaitkan kokka sebagai bahan membuat bahtera Nabi Nuh as sangat diragui kerana pokok berkenaan tidak mampu bertahan di atas air

> Pokok sebenar digunakan Nabi Nuh bagi membina bahtera dan tongkat baginda ialah kayu daripada pokok ‘Pine Cypress’

p/s : sebelum mengambil sesuatu keputusan, kaji la dlu samada benar @ palsu…rujuklah sumber yang tepat dan tiada keraguan kebenarannya iaitu AL-QURAN & HADIS..

write by:-

pemuda suci:)

 

April 13, 2008 Posted by zzz | News | | No Comments Yet

Free Antivirus

Oleh kerana terlalu banyak lawak di’post’ dalam weblog ini pada minggu lalu, oleh itu, saya akan cuba memberi satu post berbeza daripada sebelum ini.

ANTIVIRUS..WHICH IS THE BEST???

Walaupuin weblog ini lebih kepada oleo @ chemistry, tp hampir setiap orang yang membaca post ini ada komputer peribadi (PC) sendiri. dan semestinya perkara utama dalam penyimpanan maklumat dalam PC itu adalah keselamatan. oleh itu, perisian antivirus dipasang..

Kebelakangan ini serangan virus, trojan, worm, spyware dan seumpamanya makin menjadi-jadi. Ia bukan sahaja merunsingkan pengguna komputer malah sekaligus menakutkan.

Apa tidaknya, komputer yang penuh dengan data dan maklumat penting boleh musnah dengan sekelip mata apabila komputer terpaksa difromat lantaran diserang oleh anasir tersebut.

Saya tidak mengambil kira perisian Antivirus berbayar kerana ia tidak termampu oleh kebanyakan pengguna dan saya tidak menggalakkan sebarang penggunaan perisian yang di”crack”kan kerana pada bila-bila masa perisian yang di pecahkan koding itu boleh berinteraksi dengan pemiliknya melalui fail rahsia yang tidak disedari oleh penggunanya.

Saya membuat analisa setelah menjalankan perisian ini di komputer yang berisi lebih 15GB data setiap satu.

Berikut ialah hasil kajian saya. Ia mengikut turutan dari yang paling saya gemari kepada yang kurang saya gemari.

Which is the BEST???

AVAST 4 HOME EDITION
Site: http://www.avast.com
Saiz : 13013 kb
Nilai : 5
Avast! Home Edition ialah satu pakej anti-virus yang lengkap, percuma untuk pengguna persendirian. Ia mempunya dua antaramuka – untuk novis dan untuk pengguna mahir), Pengimbas virus dengan Standard Shield (yang melindungi komputer dari membuka dan melaksanakan progam malware) dan juga pengimbas email yang akan mengimbas semua email yang masuk atau keluar. Avast! Home boleh juga diakses di Windows Explorer dengan menu butang kanan tetikus dan juga didatangkan dengan screen saver istimewa yang boleh mengimbas sistem sewaktu komputer anda tidak aktif. kemaskini begitu mudah dan pantas. Perisian ini ialah untuk demo 60 hari dan anda boleh terus menggunakannya secara percuma tanpa tamat tempoh dengan mendaftar di lamanwebnya untuk mendapatkan kunci pengaktifan percuma melalui email.

AOL ACTIVE VIRUS SHIELD
Site: http://www.activevirusshield.com
Saiz : 14,263 kb
Nilai : 5
Perisian antivirus percuma ini didasarkan kepada salah satu program antivirus berbayar terbaik iaitu – Kaspersky Antivirus, dan mengimbas dengan cemerlang serta melakukan kemaskini secara automatik dari makmal Kaspersky.
Saya mendapati kadar pengesanan virus.gr : 99.62%; dengan 16GB data ia menimmbas selama 31 min, 16 saat; jumlah fail : 224,565.

Ulasan beberapa pakar mendapati AOL Active Virus Shield ini diberikan taraf 5 bintang contohnya http://www.vnunet.com dan PC Authority,manakala CNET Review dan ZDNET Review memberikan nilaian VERY GOOD kepada perisian ini.

AVIRA ANTIVIRUS
Site: http://www.free-av.com/
Saiz : 14076 kb
Nilai :3.5
Freeware ini adalah satu-satunya antivirus percuma yang yang agak baik. Antivirus yang satu ini dapat melindungi PC anda dari serangan virus hingga mencapai 80.000 jenis varian virus termasuk virus macro dan trojan beserta variannya. Kekurangannya adalah tidak tersedianya kemaskini secara automatik, sehingga Anda harus melakukan mengemaskini secara manual. Dengan begitu resource pada PC Anda tidak habis terpakai oleh aplikasi ini.

BITDEFENDER 8 FREE EDITION
Site: http://www.bitdefender.com
Saiz : 13493 kb
Nilai :3.5
BitDefender Free Edition mengandungi pengimbas virus, pengemaskinian dalam talian tetapi tidak malangnya di versi percuma, ia tidak mempunyai pengimbas secara “real-time” dan juga tidak mengimbas email Ia akan mengimbas fail dengan pantas termasuk fail-fail arkib seperti zip dan boot sector. Ia juga boleh di akses dari Windows Explorer dengan mengklik butang kanan.

AVG 7.5 FREE EDITION
Site : http://www.grisoft.com
Nilai :3.5
Ukuran : 12.7 MB
Tidak banyak antivirus percuma yang boleh bekerja sehebat AVG 7.5, maka dari itu freeware ini saya masukkan dalam salah satu jajaran freeware terbaik 2007. AVG 7.5 memiliki berbagai kelebihan seperti kemaskini automatik, melindungi PC anda dari serangan virus secara mendadak dan yang paling menarik adalah kemampuan antivirus ini dalam melakukan scan e-mail yang ada di dalam e-mail client anda dan dapat mengintegrasikan AVG 7.5 dengan e-mail client anda. Namun dari ujian yang dilakukan masih banyak juga virus yang terlepas dari imbasan program ini. Jadi kami tidak dapat merekomenkan sepenuhnya perisian ini seandainya anda seroang pengguna komputer yang aktif.

April 11, 2008 Posted by zzz | IT, News, Petua | | No Comments Yet

Batch Oleokimia Sesi 2005/2008

Kenangan Terindah...

April 11, 2008 Posted by zzz | Friends, News | | 2 Comments

Sebagai Renungan…

Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang di adili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. “Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu.”

“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa,” jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian.

Makanya ia pun menyanggah, “Manakah saksi-saksi yg kau maksudkan? Di sini tdk ada siapa kecuali aku dan suaramu.”

Wallahualam..

“Inilah saksi-saksi itu,”ujar malaikat.

Tiba-tiba mata angkat bicara, “Saya yg memandangi.”
Disusul oleh telinga, “Saya yg mendengarkan.”
Hidung pun tidak ketinggalan, “Saya yang mencium.”
Bibir mengaku, “Saya yang merayu.”
Lidah menambah, “Saya yang menghisap.”
Tangan meneruskan, “Saya yang meraba dan meramas.”
Kaki menyusul, “Saya yang dipakai lari ketika ketahuan.”

“Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu”, ucap malaikat.

Orang tersebut tidak dapat menyanggah lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dimasukkankan ke dalam neraka jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu.

Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya: “Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi.” “Silakan”, kata malaikat. “Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengh malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yg membasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahwa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”

Dengan saksi selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan diantarkan ke surga. Sampai terdengar suara bergema kepada para penghuni surga: “Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk surga karena pertolongan selembar bulu mata.”

April 10, 2008 Posted by zzz | Renungan | | No Comments Yet

Lawak Hari Ini

1. Hujan

CIKGU: Arip,kenapa kamu datang lewat hari ini??

ARIP : Hujan lebat cikgu… …

CIKGU: Semalam,kenapa awak tak hadir??

A! RIP : Hujan,cikgu… …

CIKGU: Aik! Hujan juga. Habis kalau tiap-tiap hari hujan??

ARIP : Banjir, cikgu

CIKGU: @#%#@&%#@$
_______________________________________________________________________

2. Gigi

FARID : Berapa bayaran bagi mencabut sebatang gigi?

DOKTOR: RM 120.

FARID : Amboi mahalnya… .ada yang murah sikit tak?

DOKTOR: Ok, saya boleh kurangkan anesthesic.Saya boleh kurangkan kepada RM 80

FARID : Masih mahal lagilah,doktor. Saya mahu yang mencabut sebatang gigi
yang paling murah sekali… .

DOKTOR: Kalau macam tu, saya akan suruh pelajar saya yang tak tau apa-apa
untuk mencabutnya dengan playar… amat murah.. RM 10 jer..

FARID : Cantiiik, masukkan nama bos saya untuk rawatan esok…
_______________________________________________________________________

3. Fotosintesis

CIKGU: Along, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?

ALONG: Untuk mencari makanan, cikgu.

CIKGU: Bagus, sekarang giliran Neena pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?

NEENA: Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu.

CIKGU: Pun bagus jugak. Sekarang giliran Din pulak. Apakah tugas daun pisang?

DIN : Untuk membuat “tapai” cikgu..

CIKGU: Uiii, lagi bagus. Sila diri atas meja sampai tamat waktu kelass!

Kisah 1

Satu petang kambing sound direct ayam..
“apalah ko ni ayam,baju lawa tapi tak pakai selipar..”
ayam yang bengang lalu jawab.. “ko lagi la….janggut panjang alim
konon…..seluar tarak pakai…tak malu…! tak senonoh..!

Kisah 2

Satu hari sedang sepasang lalat tgh dinner kat satu tempat yg romantik..
tibe² si isteri lalat bersuara “bang ,nape kite hari² makan tahi?
lalu si suami pun menjawab “isshh..jangan cakap bende² kotor mase makan……..tak baik”

write by:-

pemuda suci:) 

April 10, 2008 Posted by zzz | Lawak | | No Comments Yet

Tip Untuk mempertahankan Kehangatan Cinta

Berikut beberapa tips untuk mempertahankan kehangatan cinta:

1. Menempatkan cinta kepada Allah di atas segala cinta terhadap apapun. Dan sentiasa meningkatkan cinta itu, kerana ALLAHlah yang Maha menganugerahkan cinta kepada orang-orang yang mencintaiNya (Al-Maidah, Ayat 54). Maka ajaklah pasangan (dan seluruh anggota keluarga) untuk semakin mendekatkan diri padaNya, misalnya dengan membaca doa Al-Mathurat bersama setelah qiyamullail.

2. Sentiasa berdoa kepada Allah agar ditetapkan dalam keimanan, yang kerananya rahmat, kasih sayang dan kedamaian tetap tercurahkan.

3. Ciptakan komunikasi yang selaras, berkesinambungan, mesra dengan menggunakan teknik-teknik komunikasi yang baik seperti berkata jujur, lemah lembut, sopan dan juga tidak melupakan aspek ketegasan sikap. Komunikasi yang sedemikian sudah tentu menutup rapat riak kecurigaan dan saling tidak percaya antara satu sama lain.

4. Jadikan kamar tempat di mana segala luahan hati tertumpah namun tetap dalam suasana kehangatan dan kemesraan. Semoga dalam keadaan apa pun, semua masalah dapat diselesaikan dengan hati terbuka dan tenang, dari sekadar masalah lupa cium kening, masalah belanja sampai soal perkelahian anak-anak dengan anak jiran.

5. Gunakan waktu secara efektif dan efisien. Jangan sekali-kali menggunakan waktu keluarga (hari minggu misalnya) untuk pekerjaan atau hal-hal yang mengganggu waktu kualiti bersama keluarga kerana dengan apapun anda cuba membayarnya, kerugian yang dideritai pasangan anda tidak akan mampu terbayarkan, meskipun anda menggandakan kualiti masanya pada hari libur berikutnya.

6. Ceriakan hari-hari dengan variasi, fantasi dan warna-warni yang anda ciptakan khusus untuk pasangan anda. Letak aksesori kamar yang berubah-ubah (terutama yang ringan-ringan), atau warna pastel dan aroma kamar yang menyegarkan. Untuk aktiviti di luar rumah, biasakan secara rutin untuk berjalan pagi bersama di hari minggu atau jika ada kesempatan, luangkan waktu untuk melakukan riadah bersama-sama.

7. Ciptakan juga perkara-perkara baru yang menceriakan hari bersamanya, misalnya dengan mencuci pakaian bersama, atau membersihkan rumah dihari minggu bersama-sama. Ia mampu meluluhkan kebekuan atau bongkah konflik yang mungkin saja berpotensi tumbuh tanpa disedari, mungkin tidak bagi anda tapi pasangan anda?

8. Jadikan setiap cubaan dan konflik yang ada sebagai sebahagian dari adat bercinta, bukankah cinta itu tak selamanya berwarna indah? Di dalamnya juga ada rasa pahit dan tawar. Hal itu akan menyedarkan kita bahawa dalam hidup ini akan selalu menampakkan warna-warni yang berbeza, samada disukai atau tidak, namun tetap harus dijalani. Ia seperti sepasang kekasih yang baru menikah, seringkali hanya menangkap sisi-sisi indah kehidupan tanpa mempedulikan dugaan dan liku-liku kehidupan yang bakal dilalui bersama.

9. Tak salah anda mengenang saat-saat indah bersama pasangan, pada bila-bila masa atau di manapun, sendiri mahupun berdua. Perkara itu akan makin membuatkan anda menghargai dan rasa bangga terhadap pasangan anda. Atau setidaknya mampu memaksa anda memaafkan kesalahan yang pernah dibuat pasangan anda.

10. Mengingat-ingat kelebihan dan keistimewaan yang ada pada pasangan dan cuba melupakan kesalahan dan keburukan yang mungkin (pernah) ada padanya. Insya Allah, indahnya cinta yang dulu bersemi pertama kali tetap akan anda rasakan hingga saat ini, ditambah pula keceriaan yang dibawa oleh cahayamata hasil perkahwinan bahagia anda berdua!

The more you give the more you get, suami isteri hidup muafakat

Kasih sayang membawa berkat, Kekal abadi ke akhir hayat

 

write by:-

pemuda suci:)

April 10, 2008 Posted by zzz | Petua | | 1 Comment

L@wak L@gi..

Nyanyi

Semasa pemerintahan Jepun

Wan:Ibu!!Wan nak kencing!!!
Ibu:SSHHHHHHH….jgn cakap nak kencing,nanti orang jepun datang skodeng kita nak!!….cakap nak ‘nyanyi’ ya…
Wan:Baik ibu……

Suatu malam di rumah nenek Wan…….
Wan:nenek!!!!Wan nak ‘nyanyi’…..
Nenek:Mari cu…nyanyi kat telinga nenek ya….nyanyi pelan2…
Wan:baik nek..hehehehehehe

Kisah Seorang Panglima..

Tahun 1441- Sebelum memulakanperjalanan menuju ke medan perang, seorang panglima menemui rakan yg cukup dipercayainya.

PANGLIMA: Simpan anak kunci ini! Jika aku tak kembali, kau bukakanlah cawat besi isteri ku. Aku izinkan dia berkahwin dengan sesiapa yg disukainya.

RAKAN : Baiklah sahabat ku.

Menjelang petang, ketika panglima bersama tenteranya berehat di sebuah lembah, kelihatan di kejauhan seorang lelaki menunggang kuda cukup pantas menuju ke arah kumpulan tentera itu. Setelah hampir, barulah panglima mengenalinya – dia ialah rakan yg cukup dipercayainya itu.

RAKAN : Maaf… panglima bagi kunci yg salah!! (Hhmmh hampeh, dah cuba buka dulu rupanya! hehe)

 

Hujan

Satu hari Pak Abu agak hairan kerana anaknya si Mukhlis balik agak lambat dari sekolah,

Dah pukul 3.30 petang dah ni, apasal tak sampai-sampai lagi?. Bisik hati Pak Abu. Sekonyong2 baliklah anaknya si Muhlis dari sekolah.

Dengan nada yang geram Pak Abu bertanya? “apasal ko balik lambat?, ko gi mane?”.. Dalam keadaan yang selamba si Mukhlis menjawab;

“Tadi masa balik dari sekolah ujan la abah”

“Cis!! ujan pekebenda, kalo ujan apasal ko tak basah”. Marah Pak Abu setelah melihat tiada sedikitpun pakaian anaknya itu basah. Lalu dijawab oleh Mukhlis;

“oooo..sebab ujan tu kat tengah jalan, jadi Mukhlis jalan la kat tepi jalan”

“Cis!! Cis!!! Cis!!”

LRT

Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis itu berdiri betul betul didepan seorang pemuda. Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya sambil berkata, “Terima kasih, saya lebih suka berdiri”. Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan. Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut. Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang, “Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri.” Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit, “Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!

 

Jenis Orang Berdasarkan Kentut

Tak jujur : Orang yang kentut dan salahkan orang lain

Bengong : Orang yang tahan kentut berjam-jam

Yakin Dengan Diri : Orang yang kentut dengan lantang

Sadis : Orang yang kentut dalam selimut dan kibaskan baunya

Startegik : Orang yg sembunyikan bau kentut dangan ketawa dangan kuat

Misterius : Orang yg kentut tapi tidak dapat dikesan

Gugup : Kentut apabila disergah

Periang : Kentut pelan-pelan selepas itu senyum sorang-sorang

 

Akhirnya Bercakap Jugak..

Enam tahun yang lalu, seorang lelaki membeli seekor anak kucing dan cuba untuk mengajar
anak kucing tersebut bercakap…

Dari hari ke hari dia mengajar.. tapi kucingnya itu hanya memandang tanpa berkapa walau sepatah
haram pun…

Setelah enam tahun berlalu.. terjadilah keajaipan.. kucing tersebut mula berkata2..
“Hey, AWASSSS … rantai besi itu akan jatuh ke kepalamu.”

Mendengar kucingnya mula bercakap, lelaki tersebut terkejut dan kaku disitu dan tiba-tiba rantai
besi itu benar2 jatuh di atas kepalanya…

Kucingnya menggelengkan kepala dan berkata..
“Selama enam tahun engkau berusaha mengajar aku bercakap.. tapi setelah aku bercakap…
engkau tidak mahu mendengarpun cakapku…

Dialog Dua Hantu

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,”Apsal kau ni asyik menggigil jer?” “Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais…sejuk!!” Jawab Hantu B sambil menggigil lagi. “Ooo..kesian… aku dulu mati sebab heart attack.” Kata Hantu A ramah. “Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang.” Balas Hantu B.
“Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya…” jawab Hantu A sayu. “Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih..” “Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang.”"So, ko dapatla tangkap diorang?” tanya Hantu B penuh minat. “Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak…” kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan. Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,
“Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi……”

 

Write by:-

Pemuda suciJ

 

April 9, 2008 Posted by zzz | Lawak | | 1 Comment

Lawak Hari Ini

Hei Kamu….

Hei, kamu yang berdiri di belakang,” tegur pensyarah

“Cuba sebutkan individu yang terlibat dalam Perjanjian Pangkor!”

“Maaf, saya tidak tahu.. encik”

“Apa? tidak tahu? Baiklah, kalau begitu sebutkan saja tahun berapa perjanjian itu ditandatangani?”

“Maaf, saya tidak tahu juga, encik..”

“Tidak tahu sama sekali? Maklumat itu kan sudah saya berikan untuk dibaca minggu lalu. Jadi untuk apa kamu datang ke sini kalau tidak tahu?”

“Mahu memeriksa kabel lampu ini encik… Saya petugas TNB
——————————

Kemalangan Malang

Pada suatu hari, ada sebuah kereta yang dipandu terhoyong hayang melanggar tinga lampu dan terbalik.. Kesemua penumpangnya yang terdiri dari seorang lelaki tua.. seorang wanita tua.. dan dua orang anak kecil.. luka parah tak berdaya. Hanya seekor monyet yang merupakan binatang peliharaan keluarga.. masih sihat tanpa sedikit lukapun

Pihak polis kebingungan melihat kejadian itu… lalu dia memutuskan untuk menyoal saja pada si monyet untuk memperoleh keterangan mengenai kejadian tersebut..

Polis : “Monyet.. apa yang terjadi sebenarnya?”

Si monyet kemudian merebahkan dirinya dalam keadaan terbalik beberapa kali.

Polis : “Oh…kereta terbalik beberapa kali… jadi apa yang dilakukan oleh lelaki tua itu?”

Si monyet menirukan gerakan mabuk sambil mengayakan minum arak..

Polis : “Oh…lelaki itu sedang mabuk masa memandu. Dan bagaimana pulak wanita tua itu? Anak-anak juga buat apa?”

Si monyet menirukan posisi orang tidur.. kemudian bergerak-gerak spt orang sedang bertengkar.

“Oh…okey.. saya dah faham.. wanita tua itu tido dan anak2nya bertengkar dalam kereta.. dan kamu sendiri pula buat apa monyet?”

Dan… si monyet kemudian menirukan gaya memandu…
————————————
Mr Brown

Suatu ketika ada seorang ingin menelefon Mr. Brown.

Penelefon : Hello, boleh saya bercakap dengan Mr. Brown?

Penerima : Oh, ini Mr. Black.

Penelefon :Oops Sorry, wrong color!

April 9, 2008 Posted by zzz | Lawak | | No Comments Yet